Sebelum saya mengupas lebih lanjut tentang lagu Lucifer dari kumpulan Kpop Korean iaitu SHINee ini, terlebih dahulu saya ingin memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai apa itu Lucifer. Mungkin ramai sudah mengetahui maksud sebenar Lucifer itu sendiri dan siapakah yang berada dan dipercayai menggunakan nama tersebut mengikut pandangan umat Islam.Sekiranya diperhatikan makna sebenar yang termaktud dalam Wikipedia maksud Lucifer itu adalah:-
Traditionally, Lucifer is a name that in English generally refers to the devil before being cast from heaven, although this is not the original meaning of the term. In Latin, from which the English word is derived, Lucifer means "light-bearer" (from the words lucem ferre). It was the name given to the dawn appearance of the planet Venus, which heralds daylight. For this meaning, English generally uses the names "Morning Star" or "Day Star", and rarely "Lucifer".(sumber)
Maksud yang lebih mudah Lucifer itu adalah Iblis sebenarnya. Allah s.w.t menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan para malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu Iblis dinyatakan sebagai penghuni neraka.
Traditionally, Lucifer is a name that in English generally refers to the devil before being cast from heaven, although this is not the original meaning of the term. In Latin, from which the English word is derived, Lucifer means "light-bearer" (from the words lucem ferre). It was the name given to the dawn appearance of the planet Venus, which heralds daylight. For this meaning, English generally uses the names "Morning Star" or "Day Star", and rarely "Lucifer".(sumber)
Maksud yang lebih mudah Lucifer itu adalah Iblis sebenarnya. Allah s.w.t menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan para malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu Iblis dinyatakan sebagai penghuni neraka.
Sejarah membuktikan bahawa Iblis membangkang dan enggan mematuhi perintah Allah seperti para malaikat yang lain, yang segera bersujud di hadapan Adam sebagai penghormatan bagi makhluk Allah yang akan diberi amanat menguasai bumi dengan segala apa yang hidup dan tumbuh di atasnya serta yang terpendam di dalamnya. Iblis merasa dirinya lebih mulia, lebih utama dan lebih agung dari Adam, kerana ia diciptakan dari unsur api, sedangkan Adam dari tanah dan lumpur. Kebanggaannya dengan asal usulnya menjadikan ia sombong dan merasa rendah untuk bersujud menghormati Adam seperti para malaikat yang lain, walaupun telah diperintah oleh Allah s.w.t.
Kemudian Allah berfirman kepada Iblis yang terkutuk itu: “Pergilah engkau bersama pengikut-pengikutmu yang semuanya akan menjadi isi neraka Jahanam dan bahan bakar neraka. Engkau tidak akan berdaya menyesatkan hamba-hamba-Ku yang telah beriman kepada Ku dengan sepenuh hatinya dan memiliki aqidah yang mantap yang tidak akan tergoyah oleh rayuanmu walaupun engkau menggunakan segala kepandaianmu menghasut dan memfitnah.”Sebagai penambahan Iblis yang dilaknat oleh Allah s.w.t itu adalah merupakan 'makhluk' yang bersama dengan barisan malaikat yang paling hadapan sekali pada masa ia masih lagi di syurga.
Lihat buktinya dalam ayat-ayat Al-Quran:-"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi." (QS. Al Baqarah : 30)
Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah.
"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau." (QS. Al Baqarah : 30)
Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (QS. Al Baqarah : 30)"
Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam, maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir" (Al Baqarah: 34)
Perkataan Lucifer selalu dimain-mainkan oleh puak pelampau yahudi dan kebanyakan orang-orang barat untuk mengabui mata orang ramai berbanding menggunakan nama Iblis itu sendiri.
Kita lihat pula makna perkataan kumpulan SHINee itu sendiri. Perkataan itu sengaja dipendekkan daripada perkataan 'shine' yang bermakna bersinar. Cuma mereka menambahkan perkataan 'e' dihadapan supaya tidak nampak terlalu jelas. Begitu juga jika diinggeriskan "SHINee" itu kepada 'shiny' yang membawa maksud yang sama iaitu bersinar-sinar.
Apa pula kaitannya dengan Lucifer?Ada kaitannya. Walaupun ianya mungkin nampak secara kebetulan tetapi nama SHINee itu sendiri mempunyai persamaan dengan makna Lucifer. Cuba anda perhatikan makna sebenar (Lucifer means "light-bearer") iaitu pembawa cahaya.
Bersinar & pembawa cahaya adalah merujuk pada orang yang sama. Anda tahu siapa orangnya. Maksud yang lebih mendalam lagi boleh merujuk kepada Wikipedia yang saya berikan di atas.Cuba anda perhatikan pernyataan yang dikeluarkan oleh pihak SM Entertainment apabila diajukan soalan mengenai lagu Lucifer oleh kumpulan SHINee itu:
On the 16th, Sm Entertainment released Idol group SHINee’s image of their 2nd album ‘Lucifer’, releasing SHINee’s image at 10PM on that day required huge amount of technology/skills, to display the members’ new look.*Members using their eye expression to show their main song ‘Lucifer’, in Christianity, Lucifer means the falling angel of the devil. SHINee with a refreshing image in the past activities, showed a big transformation and a feeling of approaching in their 2nd album.SM expressed that
Mereka hanya menyatakan untuk memperlihatkan dan mempersembahkan lagu Lucifer itu dalam masyarakat kristian yang mempercayai ia adalah malaikat dari langit yang disumpah menjadi 'devil'.
Mereka cuma ingin menyampaikan sebuah lagu untuk menghormati kepercayaan masyarakat kristian. Itu sahaja. Alasan ini adalah sangat daif dan tidak betul. Mereka tidak memahami bahawa lagu itu adalah penyembahan kepada Iblis!!!Liriknya yang telah dialih bahasa kepada versi inggeris adalah jawapannya:-
Syirik adalah tergolong dalam perbuatan yang berdosa besar. Bolehkah lagu ini diterima?Lirik kedua yang dialih bahasa:-
Mengenai hal ini:Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 23 Jan 2006 telah membincangkan Kumpulan Black Metal Serta Langkah-Langkah Menanganinya.Oleh itu, umat Islam diminta menjauhi kumpulan tersebut kerana perbuatan dan amalan mereka boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam (sumber).Kumpulan SHINee ini adalah merupakan kumpulan Korean Pop, adakah ianya tidak termasuk dalam kumpulan yang dikatakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebut? Disebabkan ia bukanlah kumpulan Black Metal maka, ianya tidak menjadi salah mendengar lagu daripada kumpulan itu? Adakah anda fikir demikian? Mungkin kumpulan SHINee hanya mempunyai satu lagu yang menyerupai kumpulan Black Metal yang banyak mendendangkan lagu penyembahan kepada Iblis, tetapi perlu diingat lagu Lucifer itu juga boleh menyesatkan akidah umat Islam dimana-mana.Adakah kita boleh biarkan?Sebagai umat Islam yang peka akan masalah ini, anda boleh mengambil tindakan dengan tidak membiarkan sesiapa pun mendengar akan lagu Lucifer ini termasuk diri anda.Sebenarnya banyak lagu yang mendendangkan penghormatan ataupun penyembahan kepada Iblis seperti artikel sebelum ini mengenai lagu Alejandro dari Lady Gaga. Dan kenapa saya mengatakan lagu Lucifer ini merupakan agenda yahudi, anda boleh mengetahuinya dengan membaca bab Konspirasi Dajjal dalam laman web ini yang kebanyakannya ditulis oleh Ibnuyaacob mengenai dajjal. Anda akan tahu kenapa.Dengan ringkas artikel ini boleh mengatakan Iblis=Lucifer=Azazil mengikut perantaraan masa yang berbeza. Maka lagu ini mengisahkan apa agaknya? Adakah semua ini secara kebetulan?Wallahualam....Admin YOP: Artikel boleh disebarkan dengan keizinan supaya umat Islam dapat pendedahan mengenai hal ini. Terima kasih kerana membaca dan menyebarkan artikel ini kepada orang ramai. Usaha anda amatlah dihargai.
