Social Icons

Pages

Sabtu, 31 Maret 2012

Lagu Lucifer oleh SHINee Adalah Agenda Yahudi

Sebelum saya mengupas lebih lanjut tentang lagu Lucifer dari kumpulan Kpop Korean iaitu SHINee ini, terlebih dahulu saya ingin memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai apa itu Lucifer. Mungkin ramai sudah mengetahui maksud sebenar Lucifer itu sendiri dan siapakah yang berada dan dipercayai menggunakan nama tersebut mengikut pandangan umat Islam.Sekiranya diperhatikan makna sebenar yang termaktud dalam Wikipedia maksud Lucifer itu adalah:-

Traditionally, Lucifer is a name that in English generally refers to the devil before being cast from heaven, although this is not the original meaning of the term. In Latin, from which the English word is derived, Lucifer means "light-bearer" (from the words lucem ferre). It was the name given to the dawn appearance of the planet Venus, which heralds daylight. For this meaning, English generally uses the names "Morning Star" or "Day Star", and rarely "Lucifer".(sumber)

Maksud yang lebih mudah Lucifer itu adalah Iblis sebenarnya. Allah s.w.t menghukum Iblis dengan mengusir dari syurga dan mengeluarkannya dari barisan para malaikat dengan disertai kutukan dan laknat yang akan melekat pada dirinya hingga hari kiamat. Di samping itu Iblis dinyatakan sebagai penghuni neraka.


Iblis dengan sombongnya menerima dengan baik hukuman Tuhan itu dan ia hanya mohon agar kepadanya diberi kesempatan untuk hidup kekal hingga hari kebangkitan kembali di hari kiamat. Allah meluluskan permohonannya dan ditangguhkanlah ia sampai hari kebangkitan, tidak berterima kasih dan bersyukur atas pemberian jaminan itu, bahkan sebaliknya ia mengancam akan menyesatkan bangsa Adam, sebagai sebab terusirnya dia dari syurga dan dikeluarkannya dari barisan malaikat, dan akan mendatangi anak-anak keturunannya dari segala sudut untuk memujuk mereka meninggalkan jalan yang lurus dan bersamanya menempuh jalan yang sesat, mengajak mereka melakukan maksiat dan hal-hal yang terlarang, menggoda mereka supaya melalaikan perintah-perintah agama dan mempengaruhi mereka agar tidak bersyukur dan beramal soleh.



Lihat buktinya dalam ayat-ayat Al-Quran:-"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi." (QS. Al Baqarah : 30)

Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah. 

"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau." (QS. Al Baqarah : 30)


Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa,

"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (QS. Al Baqarah : 30)"

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat "Sujudlah kamu kepada Adam,  maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir" (Al Baqarah: 34)


Perkataan Lucifer selalu dimain-mainkan oleh puak pelampau yahudi dan kebanyakan orang-orang barat untuk mengabui mata orang ramai berbanding menggunakan nama Iblis itu sendiri. 
Kita lihat pula makna perkataan kumpulan SHINee itu sendiri. Perkataan itu sengaja dipendekkan daripada perkataan 'shine' yang bermakna bersinar. Cuma mereka menambahkan perkataan 'e' dihadapan supaya tidak nampak terlalu jelas. Begitu juga jika diinggeriskan "SHINee" itu kepada 'shiny' yang membawa maksud  yang sama iaitu bersinar-sinar. 
Apa pula kaitannya dengan Lucifer?Ada kaitannya. Walaupun ianya mungkin nampak secara kebetulan tetapi nama SHINee itu sendiri mempunyai persamaan dengan makna Lucifer. Cuba anda perhatikan makna sebenar (Lucifer means "light-bearer") iaitu pembawa cahaya.
Bersinar & pembawa cahaya adalah merujuk pada orang yang sama. Anda tahu siapa orangnya. Maksud yang lebih mendalam lagi boleh merujuk kepada Wikipedia yang saya berikan di atas.Cuba anda perhatikan pernyataan yang dikeluarkan oleh pihak SM Entertainment apabila diajukan soalan mengenai lagu Lucifer oleh kumpulan SHINee itu:

On the 16th, Sm Entertainment released Idol group SHINee’s image of their 2nd album ‘Lucifer’, releasing SHINee’s image at 10PM on that day required huge amount of technology/skills, to display the members’ new look.*Members using their eye expression to show their main song ‘Lucifer’, in Christianity, Lucifer means the falling angel of the devil. SHINee with a refreshing image in the past activities, showed a big transformation and a feeling of approaching in their 2nd album.SM expressed that 
Mereka hanya menyatakan untuk memperlihatkan dan mempersembahkan lagu Lucifer itu dalam masyarakat kristian yang mempercayai ia adalah malaikat dari langit yang disumpah menjadi 'devil'.  
Mereka cuma ingin menyampaikan sebuah lagu untuk menghormati kepercayaan masyarakat kristian. Itu sahaja. Alasan ini adalah sangat daif dan tidak betul. Mereka tidak memahami bahawa lagu itu adalah penyembahan kepada Iblis!!!Liriknya yang telah dialih bahasa kepada versi inggeris adalah jawapannya:-








SHINee
Admin YOP: Artikel boleh disebarkan dengan keizinan supaya umat Islam dapat pendedahan mengenai hal ini. Terima kasih kerana membaca dan menyebarkan artikel ini kepada orang ramai. Usaha anda amatlah dihargai.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar